Assalamualaikum w.b.t & Salam
Sejahtera.
Alhamdulillah,
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat
kita sama-sama berusaha membina kesepakatan dan keharmonian dalam suasana
kehidupan bermasyarakat serta berkomuniti di kejiranan RIO, Ambangan Heights
ini.
Sebagai
makluman, Jawatankuasa Penaja, Persatuan Komuniti Rio Ambangan Heights (PKRAH)
telah ditubuhkan pada awal tahun 2014. Ini merupakan antara initiatif PKRAH untuk
mewujudkan sebuah organisasi sosial yang berteraskan semangat konsep kejiranan
yang tinggi. Jawatankuasa penanja ini dianggotai oleh :-
·
Pengerusi
·
Timbalan
Pengerusi
·
Setiausaha
·
Penolong
Setiausaha
·
Bendahari
·
Penolong
Bendahari
·
Ahli
Jawatankuasa
Pemilihan
Ahli Jawatankuasa Penaja ini telah pun dibuat melalui satu undian dan lantikan
di kalangan ahli RIO yang ketika itu baru mencecah 35 anggota keluarga. Kesepakatan
yang terbina di kalangan ahli PKRAH seharusnya sentiasa dipupuk secara
berterusan kerana ianya dilihat mampu untuk melahirkan keharmonian
sejagat.
Marilah
sama-sama berdoa agar komuniti yang kita diami ini akan terus terpelihara dan
dibajai dengan usaha-usaha gigih dalam membina kesepakatan, kemuafakatan dan
keharmonian yang diharapkan akan kekal mekar menghiasi RIO tercinta.
Sekian,
Wassalam & Salam hormat.
Ikhlas dari Jawatankuasa Penaja RIO
No comments:
Post a Comment