Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja PKRAH dengan ini memohon kerjasama dan jasabaik pihak tuan/puan untuk mengembalikan semula Borang Keahlian (G&S/Form (A) v. 1.0) yang telah diedarkan sebelum ini ke rumah bernombor 609, Jalan Melor 6, Persiaran Amanjaya 10, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman untuk tindakan seterusnya.
Sebagai makluman, satu sesi mesyuarat khas untuk membincangkan isu kawalan keselamatan ini akan diadakan pada ketetapan tarikh yang akan diberitahu kelak iaitu dalam tempoh yang terdekat. Ini kerana, pihak Jawatankuasa Penaja PKRAH amat serius dalam menangani permasalahan dan isu keselamatan RIO.
Diharapkan perkara ini mendapat perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
Wassalam & Salam hormat.
No comments:
Post a Comment