Followers

Saturday, 22 August 2015

Lang Merah Johan Liga Premier Malaysia 2015


Kami mewakili seluruh warga RIO ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kedah di atas kejayaan merangkul kejuaraan Liga Premier Malaysia 2015. Doa dan harapan kami sentiasa mengiringi perjuangan pasukan Kedah untuk terus mencapai kejayaan terutamanya dalam kempen Piala Malaysia 2015 dan musim baru Liga Super 2016. Tahniah juga diucapkan kepada ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi yang juga merupakan ahli RIO, kerana telah berjaya memimpin pasukan dengan begitu cemerlang. "Biar jasa jadi kenangan!"


 



Wednesday, 5 August 2015

Jemputan Untuk Seluruh Warga RIO


Satu majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, peringkat Zon Melor akan diadakan seperti ketetapan di atas. Majlis bertemakan "Jalinan Ukhwah Membina Ummah" ini bakal mengumpulkan pelbagai juadah hari raya di kalangan tujuh (7) wakil persatuan penduduk dengan kerjasama Surau Salahuddin Al-Ayyubi.

Ketujuh-tujuh wakil persatuan penduduk terdiri dari RIO, Elani, Gracias Xtra, Anggun Gracias, Regilia dan Belleza. Juadah sempena majlis ini telah ditentukan menerusi undian yang telah diadakan baru-baru ini. RIO telah diundi untuk menyediakan juadah SATAY yang dianggarkan sebanyak 1,200 cucuk.

Bagi tujuan itu, pihak PPRAH mempelawa seluruh warga RIO untuk menghulurkan sumbangan ikhlas atau mana-mana pihak yang ingin menyediakan juadah tambahan sempena majlis tersebut. Sesungguhnya, sumbangan kalian amatlah diharapkan demi menjayakan majlis julung kali diadakan ini. Sebarang sumbangan boleh menghubungi AJK PPRAH berkenaan iaitu Ustaz Hafez/En. Besari/En. Shahlan/En. Saiful untuk selanjutnya.

Program seumpama ini dilihat mampu untuk memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat serta diharapkan agar dapat diteruskan pada masa akan datang. Datanglah beramai-ramai untuk menjayakan hasrat murni ini. Penyertaan dan keperihatinan kalian amatlah dihargai. "Jalinan Ukhwah Membina Ummah".